Sunday, November 6, 2011

Wanita pilihan Allah


Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, iaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia." (Muttafaq Alaihi dan Imam Lima).


Dan dalam sabdanya yang lain; "Dunia adalah kesenangan sementara, dan sebaik-baiknya kesenangan dunia adalah wanita (isteri) yang solehah.". (Muslim, an nasa'i)


Terdapat banyak ayat-ayat Allah dan hadis Rasulullah yang mengajar kaum wanita, agar mereka dapat menjadi wanita pilihan Allah, dan sebaik-baik perhiasan dunia.

 
Beberapa ciri yang umum dari akhlaq wanita pilihan Allah adalah;

  • Sebelum berkahwin, wanita solehah akan selalu menjaga dirinya, ia tidak akan membuka satu hubungan khusus, kecuali jika ia mengetahui bahawa lelaki tersebut hendak meminang dirinya. 
  • Aqidah islam, kefahaman dan akhlaq calon suami, merupakan modal dasar dari kriterianya.
  • Wanita solehah tidak akan memperlihatkan auratnya pada kaum lelaki yang dilarang oleh syariat, dirinya tidak akan pula membiarkan bahagian tubuhnya disentuh, walau hanya berjabat tangan oleh lelaki yang bukan muhrimnya dan yang tidak mempunyai kepentingan.
  • Dalam proses perkenalan atau ta'aruf ia tidak akan membiarkan dirinya berdua-duaan dengan kaum lelaki.
  • Menjawab salam, tidak bercakap kecuali hal yang mengarah pada kebaikan.
  •  Tidak menjatuhkan kehormatan dan martabatnya dengan memberikan peluang kepada kaum lelaki untuk mempermainkan dirinya.
  • Tidak meminta harta mahupun barang apapun selain kesungguhan calon suami untuk mempercepat proses akad nikah.
Dan .. pada saat berkahwin dan selepas itu, ciri wanita solehah tercermin dari akhlak mereka;
Menerima mahar sesuai dengan kesanggupan calon suaminya, sebagaimana sabda


Rasulullah saw, "Wanita yang paling banyak manfaatnya adalah mereka yang paling mudah maharnya". (Ahmad dan Baihaqi). 
 
  • Sentiasa taat dan melayani suami mereka selama perintah mereka tidak bertentangan dengan perintah agama. Mendahulukan kepentingan suami dari pada kepentingan dirinya. 
  • Dapat menjadi pendengar yang baik, lemah lembut dalam berbicara, menghibur, mendorong hati suami ketika dalam kesulitan dan kesedihan, memberikan ketenangan dalam rumah tangga, dan sentiasa memerhatikan penampilan, kebersihan, kecantikan dan menjaga kesihatan dirinya, dan istiqomah dalam beribadah ...
  • Ketika suami tiada dirumah, dirinya tidak akan pernah membenarkan lelaki yang tidak dikenali atau lelaki yang tidak disukai oleh sang suami masuk ke dalam rumahnya.
  • Menjaga harta suami adalah sebahagian daripada tugas isteri yang soleh, menetapkan harta rumah tangga dengan tidak berlebihan dan tidak juga kikir adalah hal yang dianjurkan dalam agama.
  • Menyelesaikan kerja-kerja rumah tangga, menyediakan makanan yang sesuai dengan selera suami, memerhatikan seluruh keperluan suami, adalah bentuk pengabdian yang selalu bernilai pahala.
  • Sebesar apapun, ia sentiasa bersyukur atas apa yang telah diberikan oleh suaminya, tidak banyak mengeluh, sabar dalam menerima keterbatasan suami, tidak meminta sesuatu yang lebih dari kemampuan suaminya, menghormati orang tua suami, melayan mereka dengan sikap terbaik, pemaaf dan memahami, adalah sifat yang sentiasa ditunjukkannya.
  • Jika ia bekerja, maka ia akan menjaga dirinya dalam pergaulan, menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia, yang boleh membawa dirinya dalam kemaksiatan.
  • Memberikan sedekah kepada keluarga dari hasil pekerjaannya.
  • Wanita soleh adalah model kepada anak-anak. mereka memberikan teladan yang terbaik bagi anak-anaknya, sabar dalam mendidik anak, tidak mengeluarkan perkataan yang tidak patut di contoh oleh anak-anak ...
Sekurang-kurangnya, inilah ciri-ciri akhlak wanita solehah .. tentunya, kesolehan itu tidak datang sendirinya, ia memerlukan proses ...

Dan wanita solehah tentunya akan memilih lelaki pilihan Allah, yang bersama-sama membawa dirinya melalui proses tersebut .. agar mencapai keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat ..

Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...