Sunday, May 22, 2011

Didik Anak Cara Rasulullah SAW


Oleh: Prof.Dr. M Quraish Shihab

Salah satu sebab utama kegagalan pendidikan kita kerana para pendidiknya yang gagal. Padahal, salah satu syarat mutlak untuk kejayaan pendidikan adalah dipilihnya pendidik yang baik.

 Bukankah Rasulullah adalah suri tauladan yang terbaik? Jadi mari kita mengkaji dan meneladani cara mendidik anak ala beliau.

Anak didik dibentuk oleh empat faktor. Pertama, ayah yang berperanan utama dalam membentuk keperibadian anak. Bahkan, dalam Al-Quran hampir semua ayat yang berbicara tentang pendidikan anak, yang berperanan adalah ayah. Kedua, yang membentuk keperibadiannya juga adalah ibu; ketiga, apa yang dibacanya (ilmu); dan keempat, persekitaran. Kalau ini baik, anak boleh menjadi baik,begitu juga sebaliknya.

Siapa Yang Membentuk Peribadi Unggul Rasulullah SAW?

 Ketika Allah SWT. menetapkan bahawa Nabi Muhammad sebagai utusan-Nya, maka yang membentuk keperibadiannya adalah Allah SWT. Sebab, apabila diserahkan kepada masyarakat atau keluarga, maka ia tidak akan sempurna, dan pasti ada cacat celanya.

 Dalam membentuk peribadi yang unggul Rasullulah, Allah SWT yang melakukan, sedangkan masyarakat atau keluarga diberi peranan yang sangat sedikit. Itulah sebabnya apabila telah selesai peranan ayah, maka dia diambil-Nya. Hal ini kerana Allah SWT tidak mengkehendaki beliau dididik oleh bapanya. Rasulullah lahir lalu dibawa ke desa dan ketika usia remaja baru bertemu ibunya. Namun, ibunya pun kemudian meninggal dunia.

Selain itu, beliau lahir dalam persekitaran dengan gaya hidup yang mundur, bahkan hampir tidak tersentuh oleh peradaban. Padahal, waktu itu Mesir, Parsi, dan India semunya sudah maju. Dalam hal ini, Allah SWT. ingin mendidik langsung beliau untuk menjadi pendidik, yakni menjadi seorang model yang unggul untuk diteladani dan menunjukkan bagaimana seharusnya cara dalam mendidik sebenar.

Rasulullah SAW  bersabda, “Yang mendidik ku itu adalah Tuhan" dan  "Aku diutus-Nya menjadi pengajar, pendidik".

Kita ambil beberapa inti dari kisah hidup Rasulullah Saw. 

Beliau bersabda, "Apabila menginginkan anak yang membawa namamu itu menjadi baik, maka pilih-pilihlah tempat kamu meletakkan spermamu, kerana gen itu menurun".

 Jadi, sebelum anak lahir kita harus memilih hal yang baik, kerana gen ini akan menjejaskan keturunan.

 Pakar pendidikan mengakui bahawa ada faktor genetik dan pendidikan. Walaupun mereka berbeza pendapat yang mana lebih dominan, namun yang jelas keduanya punya pengaruh.

Penulis secara peribadi cenderung berpendapat yang lebih dominan itu sebenarnya pada pendidikan, bukan sperma (gen). Sebagai analogi, apabila kita tidak berselera, semua masakan menjadi tidak enak. Di sini terdapat pengaruh dari segi emosi dan sikap.

 Jadi, apabila kita ingin anak yang baik, maka haruslah ditanamkan perasaan yang tenang, harmoni, dan penuh keagamaan ketika sedang mengandungkan anak. Ini berpengaruh kepada pertumbuhan bayi. Ketika si ibu selalu dalam situasi ketakutan, maka anak yang dilahirkan juga akan menjadi penakut.

Anak yang lahir di luar nikah berbeza dengan anak-anak yang lahir dari hubungan yang sah. Kerana semua orang sedar bahawa perzinaan itu buruk, maka hal ini nantinya akan mempengaruhi anak.

Oleh itu, Nabi Saw. memerintahkan untuk memilih tempat-tempat yang baik saat menanamkan sperma kita dan dianjurkan dahulu untuk membaca doa dan tidak dihantui rasa takut atau cemas.

Isteri kamu adalah ladang buatmu.”

Di sini Al-Quran mengumpamakan suami sebagai "petani" dan isteri sebagai "ladang". Kalau petani menanam tomato, apakah epal yang tumbuh?

Siapa yang salah, bila si suami mengkehendaki anak lelaki namun yang lahir perempuan, petani atau ladangnya? Tentu petani.

Setelah ditanam, semestinya benih itu dipelihara. Bila ada hama, maka perlu dipupuk, disirami, dan dipelihara dengan baik. Setelah ada hasilnya, maka perlu dicuci dulu bila ingin dimakan. Dan bila ingin dijual, dibersihkan dahulu agar kelihatan menarik.

Ini sebenarnya pelajaran dalam Al-Quran. Agar buah yang lahir dari kehidupan suami-isteri ini boleh membawa manfaat sebanyak mungkin, maka harus diperhatikan si isteri (ibu).

Dari sini, sekian banyak anjuran untuk memberikan makanan yang berkhasiat bagi seorang ibu. Di masa Nabi Saw, buah yang paling banyak adalah kurma. Kurma itu memiliki vitamin dan karbohidrat yang tinggi. Nabi Saw. berkata, "Isteri-isteri kamu yang sedang hamil, maka berilah ia kurma supaya anaknya lahir sehat dan gagah".

Hal di atas menunjukkan bahawa jauh sebelum anak dilahirkan, ternyata Islam telah mempunyai landasan dan tempat berpijak. Lalu, apa yang perlu dilakukan para ibubapa sekarang?

1.Mengazankan anak.

Apabila anak dilahirkan, Islam menganjurkan agar mengazankan anak tersebut. Walaupun kanak-kanak itu belum mendengar dan melihat, tapi ini mempunyai makna pada pertumbuhan jiwanya.

Anak yang baru beberapa hari lahir, kalau ia ketawa, anda jangan menduga bahawa ia ketawa kerana atau dengan ibunya, tapi kerana ia merasakan kehadiran seseorang. Para pakar mengatakan demikian, kerana ada orang yang lahir buta tetap tersenyum saat ibu mendekatinya.

Jadi, seorang bayi mempunyai rasa pada saat mendengar azan, juga memiliki jiwa yang boleh berkaitan dengan sekelilingnya. Oleh itu, azan menjadi kalimat pertama yang diucapkan kepadanya. Dan, karena saat membacakan azan seorang muadzin berkaitan dengan Tuhan, maka inilah yang memberikan kesan bagi perkembangan kanak-kanak pada masa depan.

2.Akikah

Sampai umur tujuh hari, kelahiran anak perlu disyukuri ('aqiqah). Kalau begitu, jangan sampai terdetik dalam fikiran ibu atau bapa untuk tidak mahu atau tidak memerlukannya, kerana saat itu si anak sudah mempunyai perasaan dan harus disambut dengan penuh syukur ('aqiqah).

Misalnya, ada orang yang mengharapkan anak laki-laki, namun kemudian mendapat anak perempuan, akhirnya ia kecewa serta tidak menerima dan menyukurinya. Semestinya perlu disyukuri, baik laki-laki maupun perempuan.

2.Nama yang baik

Setelah 'aqiqah, si anak mesti diberi nama yang terbaik kerana dalam hadis disebutkan, "Di hari kemudian nanti orang-orang itu akan dipanggil dengan namanya".

Dalam hadis lain dijelaskan, "Nama itu adalah doa dan nama itu boleh membawa pada sifat anak kemudian". Jadi, pilihlah nama yang baik untuknya.

Nama itu adalah sebuah doa yang menyandangnya. Ada ilustrasi, sebelum perang Badar (2 Hijrah) yang berkecamuk, antara kaum muslim dan musyrik.

Ali, Hamzah, dan 'Ubaidah dari pihak kaum muslim, sedangkan dari pihak kaum musyrik iaitu' Utbah, Al-Walid dan Syaibah. Ali (yang tinggi) melawan Utbah (orang yang kecil). Hamzah (singa) berhadapan dengan Syaibah (orang tua). Al-Walid (anak kecil) berhadapan dengan 'Ubaidah (hamba yang masih kecil).

Boleh dibayangkan, bagaimana kalau orang yang tinggi dan besar berhadapan dengan anak-anak kecil atau orang yang digelar "singa" dengan orang tua, siapa yang menang?

Akhirnya, Ali dan Hamzah berjaya membunuh lawannya, sedangkan Ubaidah dan al-Walid tidak ada yang terbunuh hanya keduanya terluka.

Nabi Saw. dipilihkan oleh Allah semua nama yang baik dan sesuai, kerana ia adalah doa bagi yang menyandangnya.

Misal, Nabi mempunyai ibu bernama Aminah (yang memberi rasa aman) dan ayahnya Abdullah (hamba Allah). Yang membantu melahirkan Nabi namanya As-Syaffa (yang memberikan kesihatan dan kesempurnaan). Yang menyusuinya adalah Halimah (perempuan yang lapang dada), jadi Nabi dibesarkan oleh kelapangan dada.

Anjuran untuk memilih nama yang mengandungi doa juga dimaksudkan agar jangan sampai menimbulkan rasa rendah diri pada sang anak.

4.Menghormati anak

Mendidik anak bagi Nabi Saw. adalah membina keperibadian si anak dengan memberikan kehormatan kepadanya, sehingga beliau sangat menghormati anak-cucunya.

 Bila memang sejak kecil ia sudah memiliki perasaan, maka jangan sampai ada perlakuan yang menjadikannya merasa terhina. Allah merahmati seseorang yang membantu anaknya untuk berbakti kepada orang tuanya.

Nabi Saw. pernah ditanya, "Bagaimana seseorang membantu anaknya supaya ia berbakti?"

Nabi berkata: "Janganlah ia dibebani (hal) yang melebihi kemampuannya, memakinya, menakut-nakutinya, dan menghinanya".

Ada sebuah riwayat, seorang anak lelaki digendong oleh Nabi dan anak itu pipis, lantas ibunya langsung merebut anaknya itu dengan kasar. 

Nabi kemudian bersabda, "Wahai, bajuku ini boleh dibersihkan oleh air, tetapi hati seorang anak siapa yang boleh membersihkan".

 Riwayat lain menyebutkan bahawa Nabi berkata, "Jangan, biarkan ia kencing". Apabila anak laki-laki kencing cukup dibasuh, sedangkan bila anak perempuan dicuci dengan sabun. Riwayat tadi memberi pelajaran bahawa sikap kasar terhadap seorang anak dapat mempengaruhi jiwanya sampai kelak ia dewasa.

Namun di sisi lain, ada satu hal di mana Nabi sangat hati-hati dalam persoalan anak. Ketika Nabi berada di masjid, ada orang yang mengirimkan buah kurma, kemudian cucunya datang dan mengambil sebiji kurma lalu dimakannya. Nabi bertanya kepada ibunya, "Ini anak tadi mengambil kurma dari mana?" Sampai akhirnya, dipanggilnya Saidina Hasan dan dicungkil kurma dari mulutnya.

Apa maknanya? Nabi tidak mahu anak-anak mereka itu memakan sesuatu yang haram, walaupun ia masih kecil dan tidak ada dosa baginya, kerana itu akan memberikan pengaruh kepadanya kelak ia besar.

Ada cerita dari pengalaman seorang ibu yang hanya berpendidikan rendah dan memiliki 13 anak, tetapi semua anaknya berjaya.

Suatu ketika, ada orang yang bertanya kepada si ibu itu, "Doa apa yang dipakai ibu sehingga semuanya berjaya?"

Jawabnya, "Saya dan suami saya tidak banyak berdoa. Tapi, bila anak saya bersalah atau saya tidak menyenangi perbuatannya, saya selalu berkata, "mudah-mudahan Tuhan memberimu petunjuk". Jadi, anak ini tidak dimaki, dikutuk, atau dimarahi. Dan, kami kedua-dua orang tuanya tidak pernah memberi makan mereka dengan makanan yang haram ".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...