Sunday, May 22, 2011

Tips Didik Anak - Dr.Fadzilah Kamsah


Assalammualaikum...

Makan Bekas Ibu

Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasi yg dia makan. Pagi2 sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum dlm cawan yg dia dah minum  sebelum tu. Macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah everytime. Secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam tu dan sampailah saya dah besar panjang ni pun situasi ini still berjalan

  

Either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain
 

Satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam tu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... Dan saya sendiri akui kesannya ... 

Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak ada walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok jangan sesekali makan lebihan makanan anak ...
 

Selawat

Dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 kali dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..

Dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka.

Solat Berjemaah Magrib
 

Solat berjemaahlah dengan anak2 tiap kali waktu maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan sorang qiam. Kemudian berganti2.
 

Bacakan doa lepas solat. Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali. Tak percaya try buat. Solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib. Dapat semua waktu lagi baik.



Sangat besar 'rahsia' peranan dapur rupa2nya. Dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila Kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila Kita kejar Akhirat, dunia akan mengejar Kita".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...